Ahad, 8 Disember 2019

DSKP PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 1




DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

MUAT TURUN : DSKP PENDIDIKAN MORAL T1



KUMPULAN 13 : MASYARAKAT PRIHATIN ALAM TERPELIHARA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MORAL

Mata Pelajaran               : Moral
Tarikh/Hari                    : 10 April 2020/ Jumaat
Masa                              : 09.30 Pagi – 10.05 Pagi (35 minit)
Tingkatan                       : 1 Mulia + 1 Sukses
Bilangan Pelajar             : 38 orang
Tema                              : Bidang 3: Hubungan antara diri, komuniti dan masyarakat.
Tajuk                              : Unit 11: Masyarakat prihatin alam terpelihara.
Sub-Topik                      : Cara menjaga alam sekitar.
Standard Pembelajaran   : Sebelum tamat pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), diharap pelajar akan dapat:
1.       Penaakulan Moral
Menguraikan kepentingan menjaga alam sekitar.
2.       Emosi Moral
Menzahirkan perasaan apabila menjaga alam sekitar.
3.       Perlakuan Moral
Penglibatan diri secara proaktif ketika mengurus alam sekitar secara bersama.
Pengetahuan sedia ada    : Pelajar sedikit sebanyak mengetahui berkaitan amalan penjagaan alam sekitar.
Pendekatan                      : Berpusatkan guru, murid dan bahan.
Bahan Bantu Mengajar   : Buku teks, buku nota, plastik sampah, alatan kebun, pokok dan sarung tangan
Nilai Murni                     : Bekerjasama, memberi tumpuan, memberi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, bekerjasama , mendengar arahan guru dan peka, menghormati guru
KBKK (KBAT/KBAR)  : Kemahiran berfikir, memahami, kesedaran, menjana idea, membuat rumusan, mengingat, memahami, menganalisis, menilai


Langkah/masa

Isi pengajaran

Aktiviti dan Pembelajaran

Strategi/Kaedah/BBM/Nilai/KBKK/ Pentaksiran
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Set
Induksi
(5 Minit)
Masyarakat prihatin alam terpelihara.
-   Guru membincangkan berkaitan penjagaan alam sekitar.

-   Melakukan sesi pembelajaran di luar kelas di kawasan tanaman di sekolah

Perbincangan bersemuka.
        i.            Guru akan memberikan salam ucapan selamat sejahtera dan bertanya khabar para pelajar.

      ii.            Guru akan memberikan penjelasan kepada pelajar tentang model pembelajaran untuk sesi PnP.

    iii.            Guru akan mengarahkan pelajar untuk bangun dan bersedia keluar ke kelas sambil membawa buku teks dan buku nota

     iv.            Membawa pelajar ke kawasan tanaman di dalam kawasan sekolah


       v.            Guru meminta wakil pelajar untuk memberikan penjelasan terhadap objektif melakukan pembelajaran di luar kelas.
        i.            Menjawab salam dan berada dalam keadaan yang sedia untuk belajar

      ii.            Pelajar  mendengar penjelasan daripada guru



    iii.            Pelajar mendengar arahan dan bertindak mengikut arahan yang diberi.

     iv.            Pelajar bergerak mengikuti guru ke kawasan tanaman
Strategi
-Pemusatan guru

Kaedah
-Penyoalan

Nilai
-Menghormati guru

KBKK
-Kemahiran berfikir

BBM
-Buku teks dan buku nota

Langkah 1
(15 Minit)

Kepentingan menjaga alam sekitar.
        i.            Mengurangkan pencemaran.
      ii.            Udara yang segar dan nyaman.
    iii.            Persekitaran menjadi lebih sihat dan bersih.
     iv.            Menjimatkan kos, sumber dan tenaga.


        i.            Mengarahkan pelajar menumpukan perhatian dan mencatat isi penting.

      ii.            Memberi penerangan dan menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

    iii.            Menerangkan kepentingan menjaga keindahan dan kebersihan kawasan tempat tinggal.

     iv.            Memberi peluang pelajar untuk bertanya.

       v.            Mengarahkan pelajar untuk berada dalam kumpulan untuk bersedia melakukan aktiviti

        i.            Mendengar dengan teliti sesi pengajaran.

      ii.            Memberi perhatian kepada penerangan guru dan bersedia menyalin isi penting.

    iii.            Bertanya kepada guru jika tidak faham.

     iv.            Pelajar bersedia untuk melakukan aktiviti

       v.            Pelajar berada dalam kumpulan

Pendekatan
Deduktif

Strategi
-Pemusatan guru dan pelajar

Kaedah
-Penerangan dan penyoalan

Nilai
Mendengar arahan guru dan peka

KBKK
Menjana idea

BBM
Buku teks dan buku nota
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti

Aktiviti berdasarkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar
        i.            Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan tanaman

      ii.            Guru bersama-sama pelajar membersihkan kawasan tanaman



     iii.            Guru membincangkan tentang objektif dan kepentingan melakukan aktiviti tersebut

     iv.            Guru meminta seorang wakil daripada pelajar untuk membuat refleksi tentang aktiviti yang dilakukan









        i.            Pelajar mendengar arahan guru dan bergerak dalam kumpulan


      ii.            Pelajar bekerjasama antara mereka untuk membersihkan kawasan tanaman


    iii.            Membincangkan jawapan bersama guru dan rakan-rakan yang lain.

     iv.            Pelajar membuat refleksi untuk aktiviti pada hari ini
Pendekatan:
-Induktif dan Deduktif
Strategi:
-Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah:
-Aktiviti gotong royong
BBM:
- Plastik sampah, alatan kebun, pokok dan sarung tangan
Nilai:
- Kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar
- Bekerjasama
 KBAT:
-Memahami
-Kesedaran

Penutup
(5 Minit)
Rumusan
-          Amalan penjagaan alam sekitar ini perlu dijalankan oleh semua masyarakat bagi menjamin kelestarian alam sekitar.


        i.            Guru meminta pelajar untuk membuat sedikit refleksi berkenaan apa yang telah dipelajari

      ii.            Guru memberi kesimpulan secara keseluruhan mengenai tajuk yang dipelajari iaitu berkenaan kepentingan alam sekitar kepada manusia dan kesedaran dalam penjagaan alam sekitar
        i.            Pelajar memberi sedikit refleksi berkenaan dengan apa yang telah dipelajari.

      ii.            Pelajar mendengar penerangan dan arahan guru.

Pendekatan:
-Induktif
Strategi:
-Berpusatkan guru
Kaedah:
-Perkongsian dan penerangan
Nilai:
-Bekerjasama
-Memberi Tumpuan
KBAT:
-Membuat rumusan
-Mengingat dan Memahami
-Menganalisis
-Menilai



MUAT TURUN : RPH KUMPULAN 13

MUAT TURUN : BUKU TEKS & AKTIVITI PENGUKUHAN

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 1






MUAT TURUN : BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 1

Sabtu, 7 Disember 2019

KUMPULAN 12 : REMAJA BERHEMAH HARAPAN NEGARA


HMS 3013
PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

TUGASAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
UNIT 12 : REMAJA BERHEMAH HARAPAN NEGARA

KUMPULAN  A

DISEDIAKAN OLEH :
BIL
NAMA
NO MATRIK
KOD PROGRAM
1
NURUL AYU NATASHA BINTI DZULKEFLI
D20161074074
AT19
2
NIK NURUL NADIA BINTI NIK ZULKEFLI
D20162075904
AT33
3
NUR FARAHIYAH BINTI MOHAMED
D20162075931
AT33
4
NURUL SYAFIKA BINTI DERANI
D20181083854
AT32

NAMA PENSYARAH :
PUAN ROBE’AH BINTI YUSUF


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Matapelajaran
:
Pendidikan Moral
Hari
:
Isnin
Tarikh
:
12 Ogos 2019
Masa
:
1100 pagi – 1200 tengahari (60 minit)
Tingkatan
:
1 Arif
Bil Murid
:
35 orang
Tajuk
:
Bidang 3 : Hubungan Antara Diri, Komuniti dan Masyarakat.


Unit 12 : Remaja Berhemah Harapan Negara.
Hasil Pembelajaran
:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan ciri remaja berhemah.
ii. Menjelaskan kepentingan menjadi remaja berhemah.
iii. Menjelaskan kaitan antara remaja berhemah dengan imej negara.
Pengetahuan Sedia Murid
:
1.       Pelajar tahu bahawa mereka tergolong dalam golongan remaja.
2.       Mereka pernah melihat remaja yang baik dan sebaliknya.
Pendekatan Pengajaran
:
Berpusatkan guru, berpusatkan murid dan pengajaran berasaskan aktiviti.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
:
Komputer riba, projektor, slaid, gambar, kertas mahjong, pen marker, kad huruf, kad soalan, alat peranti telefon pintar.
Kaedah/Kemahiran
:
Kemahiran analisis dan kemahiran membuat keputusan.
Penerapan Nilai
:
Rasional, harga diri, kebebasan kasih saying, kesederhanaan dan kerjasama.

Masa / Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan / BBM
Set Induksi
(5 minit)
1)        Pengenalan kepada tajuk / tema

2)        Senarai soalan :
-          Baju apakah yang kawan awak sedang pakai sekarang?
-          Adakah pakaian kawan awak ini melambangkan seorang remaja yang beretika dan  berhemah?
-          Adakah mereka mengikut etika berpakaian ke sekolah?
1.     Guru menyemak kehadiran pelajar ke kelas.

2.     Guru memanggil seorang  pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk tampil ke hadapan kelas.

3.     Guru memeriksa cara pemakaian seragam sekolah mereka.

4.     Guru membincangkan cara pemakaian seragam sekolah mereka dengan satu kelas.

5.     Guru menjelaskan tajuk yang akan dipelajari dengan lebih terperinci dengan menayangkan tajuk pembelajaran pada slaid.
1. Para pelajar memberi respon kepada guru.

2. Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan tampil ke hadapan kelas seperti yang telah diarahkan oleh guru.

3. Pelajar memerhati guru memeriksa baju seragam mereka.

4. Pelajar memberi respon terhadap perbincangan tersebut.

5. Pelajar mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru sambil memandang ke arah slaid.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
a)        Slaid
b)        Projektor
c)        Komputer riba


Etika pemakaian pelajar dari aspek :
a)        Pakaian seragam sekolah
b)        Pemakaian tanda nama (nametag)
c)        Kelabuhan tudung
d)        Pemakaian tali leher
Langkah 1
(15 minit)

1)      Penerangan dan perbincangan mengenai :
a)      Ciri-ciri remaja berhemah
b)      Menjelaskan kepentingan menjadi remaja berhemah
c)      Menerangkan kaitan antara remaja berhemah dengan imej negara.

2)      Senarai Soalan :
a)      Siapakah remaja?
b)      Apakah beza remaja berhemah dengan remaja yang runtuh akhlak?
c)      Mengapakah remaja perlu berhemah?
d)      Apakah akibat sekiranya remaja yang runtuh akhlak tidak dibendung?
e)      Mengapakah remaja selalu dikaitkan dengan negara?
1.    Guru menayangkan sebuah video yang berkaitan dengan isu keruntuhan akhlak remaja.

2.    Guru menyatakan ciri-ciri remaja berhemah sambil mencatatkan nota pada papan putih.

3.    Guru meminta pelajar memberi contoh ciri-ciri remaja berhemah dan ciri-ciri remaja yang runtuh akhlak.

4.    Guru menjelaskan kepentingan menjadi remaja berhemah.

5.    Guru menerangkan kaitan antara remaja berhemah dengan imej negara.

6.    Guru melakukan sesi soal jawab bersama para pelajar.
1.  Pelajar melihat video yang ditayangkan oleh guru.




2.  Pelajar mendengar sambil mencatat nota yang ditulis oleh guru ke dalam buku nota masing-masing.

3.  Para pelajar secara rawak memberi contoh ciri-ciri remaja berhemah dan remaja yang runtuh akhlak.

4.  Pelajar mendengar penjelasan guru dan memberi respon.


5.  Pelajar memberi respon yang baik terhadap penjelasan guru.


6.  Pelajar bersoal jawab dengan guru.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
a)      Komputer riba
b)      Slaid
c)      Projektor
d)      Papan putih
e)      Marker pen papan putih






Langkah 2
(20 minit)

Aktiviti pembelajaran :
a)      Tugasan kumpulan pertama adalah pelajar perlu melakukan ‘role play’ berdasarkan situasi yang diminta.
b)      Tugasan kumpulan dua adalah pelajar perlu membuat surat ‘Aku Janji’.
c)      Tugasan kumpulan tiga adalah pelajar perlu membuat kertas kerja untuk program kesukarelawan.
d)      Tugasan kumpulan empat adalah pelajar perlu melakukan perdebatan ringkas mengenai isu yang diberi.

Soalan aktiviti berkumpulan :
a)      Anda sebagai seorang pengawas telah ternampak salah seorang rakan anda dibuli di belakang sekolah. Lakonkan watak anda sebagai seorang remaja berhemah untuk menangani kes buli tersebut.
b)      Anda telah mengikuti satu program ‘Remaja Berhemah Harapan Negara’. Bina satu ikrar ‘Aku Janji’ yang berkaitan dengan matlamat anda yang ingin menjadi remaja yang berhemah.
c)      Anda merupakan pelajar dari kelab kaunseling. Anda telah diberi peluang untuk menggerakkan satu program kesukarelawan. Bina satu kertas kerja ringkas untuk menggambarkan program tersebut.
d)      Ahmad ponteng kelas kerana perlu pergi kerja demi mencari duit tambahan untuk menyara adiknya yang sakit. Adakah perbuatan Ahmad berhemah? Sila buat satu siding perdebatan ringkas bagi membincangkan tindakan Ahmad.

Soalan Penggayaan :
- Adakah anda akan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan tanpa mengharapkan apa-apa balasan? Berikan pendapat anda.
1.      Guru meminta pelajar untuk membentuk empat kumpulan.

2.      Guru menerangkan kepada pelajar tugasan-tugasan yang perlu mereka lakukan.


3.      Guru meminta setiap kumpulan menghantar wakil untuk mendapatkan bahan tugasan.
4.      Guru meminta para pelajar untuk memulakan tugasan masing-masing.

5.      Guru meminta pelajar menghantar wakil ke depan untuk membentangkan hasil tugasan.


6.      Guru membincangkan hasil tugasan setiap kumpulan secara komunikasi dua hala bersama para pelajar.


7.      Guru membuka ‘peti pendapat’ dengan menggunakan aplikasi ‘Padlet’ di dalam kelas untuk membuka soalan penggayaan.

8.      Guru meminta para pelajar untuk mengakses ke ‘peti pendapat’ tersebut dengan menggunakan alat peranti masing-masing.

9.      Guru meminta semua pelajar untuk menyuarakan pendapat melalui aplikasi tersebut.

10.  Guru membincangkan pendapat dan cadangan yang diberikan oleh pelajar.
1.      Pelajar membentuk kumpulan berdasarkan arahan guru.

2.      Pelajar mendengar arahan-arahan tugasan yang perlu dilaksanakan dalam kumpulan masing-masing.

3.      Wakil setiap kumpulan datang ke hadapan untuk menuntut barang tugasan masing-masing.
4.      Para pelajar memulakan tugasan kumpulan masing-masing.

5.      Wakil pelajar bagi setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

6.      Pelajar sama-sama membincangkan hasil tugasan dan memberi respon yang baik terhadap pandangan guru.

7.      Pelajar melihat guru memaparkan soalan penggayaan tersebut.



8.      Pelajar cuba mengakses ke ‘peti cadangan’ tersebut dengan menggunakan alat peranti masing-masing.


9.      Para pelajar menulis pendapat mereka melalui aplikasi tersebut.

10.  Pelajar sama-sama membincangkan pendapat dan cadangan bersama-sama guru.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
a)        Kertas mahjong
b)        Slaid soalan tugasan
c)        Kad Soalan
d)        Marker pelbagai warna.
e)        Alat peranti telefon pintar

Aplikasi ‘Padlet’ :
- Merupakan sebuah aplikasi ‘omline’ yang perlu diakses oleh para pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan. Jawapan soalan tersebut akan terpapar pada skrin hadapan kelas. Aplkasi ‘Padlet’ hanya sesuai untuk soalan berbentuk subjek sahaja.

Langkah 3

(5 minit )


 Uji minda soalan pentaksiran
-       Kuiz ‘online’ Kahoot

Senarai soalan (KBAT) :
a)      Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada remaja yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan?
b)      Adakah aktiviti sukarelawan mampu menaikkan imej negara?
c)      Bagaimanakah media massa boleh memberi pengaruh terhadap keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja?
d)      Adakah keluarga dwikerjaya pencetus utama terhadap generasi muda yang bebas membuat keputusan?
e)      Berikut merupakan gaya hidup yang membentuk remaja berhemah kecuali?
1.     Guru membuka kuiz Kahoot di slaid.

2.     Guru meminta para pelajar untuk mengakses ke kuiz ‘online’ tersebut.

3.     Guru meminta para pelajar menjawab kesemua soalan.

4.     Guru membincangkan setiap soalan bersama para pelajar.
1.        Pelajar melihat pada slaid.


2.       Pelajar mengakses ke kuiz Kahoot.


3.       Pelajar menjawab kesemua soalan kuiz Kahoot.

4.       Pelajar memberi respon terhadap perbincangan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
a)      Komputer riba
b)      Slide
c)      Projektor
d)      Alat peranti telefon pintar

Aplikasi ‘Kahoot’:
- Merupakan sebuah kuiz ‘online’ yang lebih santai. Soalan akan dipaparkan pada skrin, dan para pelajar perlu menjawab soalan menggunakan alat peranti masing-masing. Aplikasi ‘Kahoot’ sesuai untuk soalan berbentuk objektif sahaja.
Penutup
(5 minit)
Sesi soal jawab dan rumusan
1.        Guru memilih wakil daripada pelajar untuk memberikan refleksi masing-masing.

2.        Guru membuat rumusan tentang apa yang telah mereka pelajari.
1.        Wakil pelajar memberi refleksi masing-masing secara bergilir-gilir.

2.        Para pelajar mendengar dan memberi respon terhadap rumusan yang guru.




MUAT TURUN : RPH KUMPULAN 12

MUAT TURUN : BUKU TEKS & AKTIVITI PENGUKUHAN

DSKP PENDIDIKAN MORAL KSSM TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 MUAT TURUN : DSKP PENDIDIKAN MORAL T1